Tuesday, September 17, 2013

~~Tangan Yang Diatas Lebih Mulia Dari Yang Dibawah~~

As-salam..


Cer teka apa dalam ni??







v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v










Banyak kan? 

FYI, ini hanyalah suku daripada jumlah yg ada dalam kotak tu.. Tak leh tunjuk banyak2 sangat.. kang ramai plak yang terliur.. huhuhu..

Masa bulan Ramadhan ari tu, aku telah di amanahkan untuk menyampaikan sumbangan daripada seorang individu kepada beberapa Pertubuhan anak yatim dan warga tua di sekitar Lembah Klang.. Alhamdulillah, setelah di congak, maka 27 buah rumah telah terpilih untuk menerima sumbangan sebanyak RM7,500.00 bagi setiap pertubuhan.. Alhamdulillah rezeki mereka..

Sepanjang bertemu empat mata dengan pengurus rumah anak2 yatim dan juga warga emas ni, dada jadi sebak dan air mata tak semena2 mengalir.. hiba sangat bila dgr apa yg mereka telah lalui.. bila di selami, mmg mulia sungguh hati insan2 terpilih ni yang mana mereka telah berusaha keras untuk mewujudkan rumah2 tersebut bagi memberi ruang dan sinar buat mereka di luar sana yang kurang bernasib baik untuk berlindung.. 

Banyak pengalaman yg boleh di kutip dgn cerita2 mereka.. sesungguhnya Allah s.w.t. menduga hamba2nya yang di kehendaki mengikut kemampuan mereka.. serious aku katakan, aku sgt terkesan dgn jalan cerita kehidupan mereka.. bila di fikir semula, sangat kecil dugaan yg Allah s.w.t. berikan pd aku jika dibandingkan dengan mereka2 yg istimewa di luar sana.. (lap air mata sat..)


Dan pagi tadi aku telah berkesempatan untuk melawat sendiri salah satu pertubuhan anak yatim dan asnaf di ibu kota untuk menanyakan beberapa soalan sebelum seorang lagi individu yang bermurah hati menyerahkan sebuah pengangkutan bagi kegunaan harian penghuni di Rumah Kasih Nurul Hasanah yang terletak di Ukay Heights, Ampang ni.. 

Perpustakaan mini mereka..

Dapur..

Halaman luar..

Tak ramai anak2 yg ada coz yg selebihnya pergi sekolah..

Di kesempatan ini, aku ingin berkongsikan beberapa maklumat Pertubuhan sekiranya ada antara kalian yg berminat untuk menghulurkan sumbangan.. apa salahnya kita menderma kepada mereka yg memerlukan.. walaupun kecil di mata kita, mungkin besar nilainya pada pandangan mereka.. InshaAllah, niat murni anda akan menerima balasan di akhirat kelak.. Salah satu cadangan aku, apa kata kita mulakan usaha apabila setiap kali gaji, kita bank in kepada Pertubuhan2 ini mengikut kemampuan masing2.. 

  
ASDAF

NAMA PERTUBUHAN
:
Asrama Darul Falah (ASDAF)

ALAMAT PERTUBUHAN
:
No. 535/10, Cangkat Persekutuan
Bukit Persekutuan
50480 Kuala Lumpur

PENDAFTARAN PERTUBUHAN
:

NAMA & NO. AKAUAN BANK
:
Bank Muamalat
14040000120718

Malayan Banking Berhad
564146531574

SENARAI PROGRAM
 &
AKTIVITI YANG DI JALANKAN
:
Memberi penjagaan dan perlindungan serta pendidikan kepada anak-anak yatim

NO. TELEFON
:
03-2283 1009

NO. FAKS
:
03-2283 3084

BILANGAN KANAK-KANAK
:
85 orang

  
RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH

NAMA PERTUBUHAN
:
Rumah Amal Limpahan Kasih

ALAMAT PERTUBUHAN
:
Ibu Pejabat
Lot 115A, Lorong Bistari 3
Kg. Sri Aman, Batu 13
47100 Puchong
Selangor

PENDAFTARAN PERTUBUHAN
:
PKMD.FEL/08/800/02/1
NAMA
&
NO. AKAUAN BANK
:
Pembangunan Limpahan Kasih
Malayan Banking Berhad
562777200551
(untuk baik pulih / pembangunan asrama baru)

Rumah Limpahan Kasih
Malayan Banking Berhad
512343531956
(makan / minum /utiliti )

Pusat Pendidikan Limpahan Kasih
Malayan Banking Berhad
562777200627
(Untuk Pendidikan)

Pengurusan Baitul Hidayah 
Malayan Banking Berhad, No akaun: 512343532238
(untuk kebajikan / pendidikan saudara baru)

SENARAI PROGRAM &
AKTIVITI YANG DI JALANKAN
:
Memberi penjagaan dan perlindungan serta pendidikan kepada anak-anak yatim

EMAIL
:
limpahan_kasih@yahoo.com

NO. TELEFON
:
03-8061 8050 / Ustaz Zawawi (016-3627913)

NO. FAKS
:
03-8060 7514

BILANGAN KANAK-KANAK
:
70 orang

ASRAMA DAMAI ANAK YATIM

NAMA PERTUBUHAN
:
Asrama Damai Anak Yatim

ALAMAT PERTUBUHAN
:
KM 28.5, Jln Kuang
Lorong Teratai
Kg. Damai
48050 Kuang
Selangor Darul Ehsan

PENDAFTARAN PERTUBUHAN
:
ROS 1355

NAMA & NO. AKAUAN BANK
:
Pengurusan Anak-Anak Yatim
CIMB Bank, No.Akaun : 12290000941058

SENARAI PROGRAM &
AKTIVITI YANG DI JALANKAN
:
Memberi penjagaan dan perlindungan serta pendidikan kepada anak-anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal

EMAIL
:
anakyatimdamai@yahoo.com.my

NO. TELEFON
:
03-6038 2823

NO. FAKS
:
03-6038 6207

BILANGAN PENGHUNI
:
137 orang

  
RUMAH BAKTI

NAMA PERTUBUHAN
:
Pertubuhan Pendidikan Anak-anak Yatim Selangor (Rumah  Bakti)

ALAMAT PERTUBUHAN
:
KM 11, Jalan Hulu Klang
68000 Ampang, Selangor

PENDAFTARAN PERTUBUHAN
:
ROS ARS/SEL/50/66

NAMA & NO. AKAUAN BANK
:
CIMB Bank, No.Akaun : 1441-0003945-05-0
SENARAI PROGRAM &
AKTIVITII YANG DI JALANKAN
:
Memberi penjagaan dan perlindungan serta pendidikan kepada anak-anak yatim

EMAIL
:
anakyatimdamai@yahoo.com.my

NO. TELEFON
:
03-4256 8880

NO. FAKS
:
03-4251 4811

BILANGAN PENGHUNI
:
116 orang

  
PUSAT JAGAAN DARUL QURAN

NAMA PERTUBUHAN
:
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
(PERKIM) – Pusat Jagaan Darul Quran

ALAMAT PERTUBUHAN
:
Jalan Tebuk Haji Yusof
45300 Sungai Besar
Selangor

PENDAFTARAN PERTUBUHAN
:
PPM/SEL.76/61-117(2)

NAMA & NO. AKAUAN BANK
:
AGRO Bank
200558100007842-8

SENARAI PROGRAM &
AKTIVITII YANG DI JALANKAN
:
Memberi penjagaan dan perlindungan serta pendidikan kepada anak-anak yatim

EMAIL
:
-

NO. TELEFON
:
03-32243025 / 013-2255510 
(Tn. Hj. Jemari)

NO. FAKS
:
03-32246821

BILANGAN PENGHUNI
:
53 orang

                                           
PEYAKIN

NAMA PERTUBUHAN
:
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim / Miskin Klang (PEYAKIN)

ALAMAT PERTUBUHAN
:
KM 3, Jalan Haji Sirat Off Jalan Meru
41050 Klang
Selangor

PENDAFTARAN PERTUBUHAN
:
ROS 1349 (Selangor)

NAMA & NO. AKAUAN BANK
:
RHB Bank Bhd.
2-622961-000002-2

SENARAI PROGRAM &
AKTIVITII YANG DI JALANKAN
:
Memberi penjagaan dan perlindungan serta pendidikan kepada anak-anak yatim

EMAIL
:
-

NO. TELEFON
:
03-3341 2513

NO. FAKS
:
03-3341 2513

BILANGAN PENGHUNI
:
76 orang

  
RUMAH ANAK YATIM MISKIN KUALA LANGAT

NAMA PERTUBUHAN
:
Pertubuhan Rumah Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat

ALAMAT PERTUBUHAN
:
Kampung Sungai Buaya
42700 Banting
Selangor

PENDAFTARAN PERTUBUHAN
:
5736/95 (Sel)

NAMA & NO. AKAUAN BANK
:
Bank Islam (M) Bhd. Cawangan Banting
1207401000329-6

SENARAI PROGRAM &
AKTIVITII YANG DI JALANKAN
:
Memberi penjagaan dan perlindungan serta pendidikan kepada anak-anak yatim

EMAIL
:
-

NO. TELEFON
:
03-3120 3385 / 012-656 0414 
(Tn. Hj. Yunos)

NO. FAKS
:
03-3120 3385

BILANGAN PENGHUNI
:
47 orang

  
RUMAH TITIAN KASIH

NAMA PERTUBUHAN
:
Rumah Titian Kasih

ALAMAT PERTUBUHAN
:
RTK No. 15, Jalan Persiaran Titiwangsa
Taman Tasik Titiwangsa
53200 Kuala Lumpur

PENDAFTARAN PERTUBUHAN
:
-

NAMA & NO. AKAUAN BANK
:
Persatuan Pengurusan
Pusat Jagaan Titian Kaseh Kuala Lumpur

No Akaun Maybank

564061002172

SENARAI PROGRAM &
AKTIVITII YANG DI JALANKAN
:
Memberi penjagaan dan perlindungan serta pendidikan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan OKU

EMAIL
:
rumahtitankaseh@yahoo.com.my

NO. TELEFON
:
019-645 5769 (Puan Sharifah Adlan)

NO. FAKS
:
03-4025 5246

BILANGAN PENGHUNI
:
124 orang

  
 KELUARGA BESAR NURLINA ALAWI BERHAD

NAMA PERTUBUHAN
:
Keluarga Besar Nurlina Alawi Berhad (Yayasan)

ALAMAT PERTUBUHAN
:
Lot 482 Jalan Sri Kemuning
Lembah Jaya Selatan
68000 Ampang
PENDAFTARAN PERTUBUHAN
:


NAMA & NO. AKAUN BANK
:
Keluarga Besar Nurlina Alawi Berhad
RHB BANK  : 21401360003173

SENARAI PROGRAM &
AKTIVITII YANG DI JALANKAN
:
Menempatkan Anak Yatim yang di jangkiti HIV dan AIDS

EMEL
:
nurlinaalawi@gmail.com

NO. TELEFON
:
03 – 42950775 / 017- 8860208

NO. FAKS
:


BILANGAN PENGHUNI
:
41  orang


Jika maklumat di atas kurang lengkap, kalian boleh meninggalkan komen di bwh entri ini.. InshaAllah aku cuba membantu mana yang mampu.. Bersama-samalah kita berjihad membantu mereka yang memerlukan.. mungkin hari ini hari mereka dan kita belum tahu bila tibanya hari kita.. maka, bersama-samalah kita ingat mengingati..


Add caption

2 comments:

  1. tersentuh hati baca kata kata dari Ustaz Ismail Kamus, selalulah kita bersedekah.. moga hidup kite semua diberkati, Amin.............

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..

      Moga di permudahkan segala amalan kita dalam membantu mereka yg memerlukan..

      Delete


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™