First, aku rasa mcm nak menjerit sekuat hati sebab dgn angkuhnya bile En. Asben suruh bawak tab, aku kate "tak yah lah bang... member ayg selalu bawak kamera".... Sesungguhnya malang memang tidak berbau... Sekali, member aku tak bawak kamera daaaa... So, sementara menanti ketibaan kengkwn yg lain sampai dalam masa sehari dua, kami pun merakamkan kenangan menggunakan blackbabi jer... hasilnya mmg cukup mengecewakan... :(
BTW, dah alang2 sampai di negara orang, tidak sah rasanya kalau kita tidak mengenali budaya dan melawati beberapa tempat yg blh meninggalkan kenangan dlm hidup... Semasa mengadakan lawatan kerja di Shanghai baru2 ni, kami berkesempatan untuk melawati satu perkampungan air yg bersejarah (Water Village) di salah sebuah daerah di Shanghai..
Untuk ke Water Village ni, kami mengambil masa lebih kurang sejam setengah dengan menaiki kereta dari Hotel yg kami diami... Sampai di sini, kami perlu menaiki feri pula untuk ke destinasi sebenar perkampungan yg penuh dgn sejarah pada zaman Dynasty Yin dan Yang.. Kite pernah belajar dulu kan pasal zaman kegemilangan Dynasty Yin dan Yang masa di bangku sekolah suatu ketika dulu... kalau tak ingat, bukak buku balik k... kalau x, cari jer kat google.. ^___^
Dari waktu kami sampai, hinggalah nak balik, hujan turun tak berhenti2... hujan rahmat menanti kedatangan kami gamaknya... ngeh3x... Mujur dh stand by payung..
Cantik sgt pemandangan kat water village ni... tempatnya pun besar dan tak pernah lengang drpd di kunjungi pelancong... terdapat banyak sejarah yg tersurat dan tersirat di setiap inci kawasan ni bermula dari tempat kami melangkahkan kaki keluar daripada feri sehinggalah kaki melangkah masuk semula ke dalam feri... bagi anda yang berhasrat ingin ke Shanghai, tidak rugi rasanya jika anda singgah sebentar di kawasan ini..
seronoknya orang tu.. sambil kerja sambil berjalan.. untungnya!!! jelesss ni..
ReplyDeletehahahaha.. jelers erk??
DeleteRezeki terpijak zana.. mmg tak pernah terfikir akan dpt peluang mcm ni...
gambar ke empat tu tak tahann..sayannnggg kat kak besah heheh
ReplyDeletehahahaha.. kak lin rindu erk?
Delete