Tuesday, September 11, 2012

~~Memerdekakan Pemikiran~~

Berdasarkan pengalaman yg ada, ingin aku kongsikan  bersama kalian bagaimana cara pemikiran kita dalam menempuhi kehidupan seharian.. entri ini khas bagi mereka yg sgt terbuka pemikirannya untuk menerima segala apa yg ingin di ketengahkan.. bagi mereka yg merasakan bahawa pandangan aku ini tidak dapat di terima pakai, terpulanglah..

Malaysia tanah air ku tercinta.. berpegangkan pada pengalaman aku di 8 buah negara yang pernah aku kunjungi, aku sgt bersetuju dengan pepatah "Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, hujan lebat di mana-mana".. eh! ^_____^

Bagi aku, Malaysia mmg tiada tolok bandingannya jika hendak di bandingkan dgn negara maju lain.. mungkin ada yg mengatakan aku ni cerewet, kolot dan sebagainya.. yerlah, lain org, lain lah caranya kan.. tp aku ingin menegaskan di sini bahawasanya kita perlu menyayangi dan memelihara Malaysia tanah air kita ni dengan sebaik yang mungkin...

Tandas

First, ingin aku kongsikan bab kebersihan tandas... bukanlah aku ni seorang yg pembersih sgt.. tp sekurang2nya cukup untuk buat org tidak loya dgn kita sudah memadai.. perkara yg aku sgt menitikberatkan ialah bab tandas.. ini kerana tandas adalah destinasi WAJIB yg perlu aku dan kalian lawati setiap hari...

Aku terdetik untuk buka isu ni sebab semasa aku di China baru ni, aku rasa sgt perit untuk membuang sisa kumbahan aku di tandas mereka.. 1st, mereka kebanyakkannya menggunakan jamban cangkung, dan yg paling kritikal mereka tidak mempunyai sebarang paip air dan tisu.. kalau setakat nak kencing, ok lah lagi.. tp kalau tahap nk buang air besar dan untuk perempuan pula yg ingin menukar pad, bagaimana caranya?? mmg sgt menyeksakan bukan? kalau kita dh prepare tisu ok lah.. tp yg dh kehabisan stok, mcmane pula? selepas ada pengalaman spt itu, aku tak kan ketinggalan utk membawa botol air kosong ke mana2 sahaja..

Di sini, aku ingin kongsikan sedikit teknik yg telah aku praktikan jika aku berada di tandas awam tidak kira di Malaysia mahupun di luar negara bagi menjamin kebahagiaan lubang hidung kita bersama... 1st, sebelum membuang sisa kumbahan, aku akan pastikan aku siram terlebih dahulu ruangan kecil di dalam toilet tersebut.. setelah selesai membuang niat, aku akan flush dan siram sekali lagi ruangan di sekelilingnya.. jika ada tisu di atas lantai, aku akan siramkan ketepi biar menjadi setempat.. dan bg mereka yg sentiasa membawa perfume kemana2, apa salahnya kita semburkan sedikit di ruangan tersebut sebelum keluar.. sekiranya semua org melakukan perkara yg sama, maka kita semua pasti akan tersenyum sebelum niat sebenar dapat di lepaskan.. setuju??

Sampah

Aku sangat kagum bila melihat negara org yg sgt bersih... di kiri dan kanan jalan mereka, tiada sedikit pun sampah sarap yg kelihatan.. kalau lantai di sekitar bazaar, blh siap buat tidur lagi.. mmg kilat dan bersih.. tapi, mengapa tidak di negara kita... contoh terdekat adalah di bazaar jalan TAR dan Masjid India time nak raya baru ni.. mak datuk, sampah minuman dan makanan sama menggunung dengan tudung bawal tiga tone yg di longgok kat atas meja.. apa salahnya kita simpan tin minuman kita sampai kita jumpa tong sampah ataupun bawak blk jer.. setin jer pun.. ringan plak tu... boleh kengkwn??

Kesejahteraan Malaysia sebenarnya terletak pada cara pemikiran dan perilaku kita.. sharing is caring.. tak percaya, cubalah.. ok, jumpa lagi di lain ceramah akan dtg yer... bubye!!




6 comments:

  1. fuh! panjang lebar ceramah ari ini, hehehe...
    mesti la...saya pilih Malaysia...!!!

    tak lamalagi kan nak sambut Hari Malaysia..
    Isnin kite jalan2 satu Malaysia okey!

    pst: Azalea, jarang dpt tgk kamu berpikiran begini, hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... kan? sgt jarang sy berfikiran waras dan membebel mcm ni kan?

      Slmt menyambut Hari Malaysia untuk semua...

      Delete
  2. kebersihan lambang kemajuan dan mencerminkan sikap penduduk sesebuah negara itu sendiri.

    ReplyDelete
  3. setuju dgn akak!! semuanya bermula daripada sikap kita sendiri kan..

    ReplyDelete
  4. leh jdik duta Tandas Awam Malaysia ni..hek hek hek... *___^

    ReplyDelete


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™