Wednesday, April 18, 2012

::Musuh Dalam Selimut::

Salam...

Lame dah rasanya aku biarkan blog aku ni kesunyian dan kesepian tanpa sebarang entri baru... walaupun hari ni temanya adalah "wordless"", tapi bagi aku, hari2 mendatang ni aku rasakan seperti "speechless" dengan perangai dan tingkah laku seekor haiwan anaconda hitam yg sedang ligat berkeliaran di ofis aku ni utk mencari mangsa demi mangsa utk di korbankan hanya semata utk kepuasan nafsu duniawi beliau yg entah bila akan berakhir...

Lately suasana kat division aku bagaikan keluarga yg sedang berkabung.. tiada lagi hiruk pikuk, gelak tawa dan senda guruau yg betul2 ikhlas hadir dari dasar hati mereka... jika ada senyum dan deraian tawa yg keluar sekalipun, aku pasti itu hanyalah lakonan mereka semata2 demi utk menjaga hati insan sekeliling... dlm kes ni, turut terkesan adalah diri aku sendiri... bila rakan2 sejawat aku mula patah semangat, maka mood aku pun turun naik di buatnya...

Sorang demi sorang insan yg rapat dgn aku telah pergi meninggalkan division ni... dan lepas ni akan lebih ramai lagi yg akan mengikut jejak... kebanyakan dari mereka yg pergi adalah di sebabkan oleh sikap anaconda hitam tersebut... enak sungguh si anaconda hitam ni menaburkan kata2 fitnah terhadap rakan2 seperjuangannya sendiri...  segala kisah yg berlaku telah di putar belitkan 200% oleh beliau daripada cerita n situasi sebenar... tp yg masih aku tak faham sampai skrg, kenapalah masih ada lg insan yg mahu mempertahankan kedudukan anaconda hitam tu di bahagian ni... adakah?? apakah??? errm... tanya sama pokok...

Dear my colleague, aku tak tau nk katekan mcmane... perasaan aku ni bercampur baur bile tgk kalian semua bermuram durja... percayalah sahabat bahawa kita perlu bersatu hati dan kuatkan semangat... kita tak blh tunjuk yg diri kita lemah kerana kelemahan yang kita pertontonkan itu merupakan suatu kekuatan pula bg org lain utk menjatuhkan kita... justeru sahabat, marilah kita bangkitkan semula semangat yg telah hilang itu... biarkanlah anaconda hitam itu menabur sebanyak mana pun pasir yg dia mahukan ke dalam periuk nasi kalian... namun aku pasti bahawa kejayaan anacond ahitam tu dalam menjatuhkan kalian pasti akan berlipat ganda kesannya hadir ke atas diri beliau suatu hari nanti... itu adalah pasti!!! usah khuatir... Allah S.W.T. itu maha melihat...

Aku faham yg korang semua ada keputusan sendiri... tp bagi aku biarlah keputusan yg korang pilih adalah yg terbaik buat masa hadapan korang... aku hanya mampu mendoakan kalian dari belakang... walau apa pun yg bakal terjadi dgn division kita lepas ni, aku harap persahabatan yg telah kita bina ni akan kekal buat selama2nya... Dear my colleague, perkenalan kita yg singkat ni aku rasakan seperti sudah lame kite jalinkan... terdapat pelbagai keserasian yg wujud antara kita... pelbagai suka duka juga telah kita lalui bersama... tak sanggup rasanya nak berpisah dgn kalian... walau di mana pun kita selepas ni, usah sesekali kita lupakan hubungan ini k.... dan satu pesanan aku, usahlah kalian risau dgn keadaan yg sedang menimpa diri kalian ni... org sekeliling dpt menilai mana kaca, mana permata... dan kita adalah MANGSA!! walau apa pun, penilaian daripada Allah S.W.T. adalah sebaik2 penilian di muka bumi ini...






*** Sayu jer rasa hati bile tgk blk gambar2 yg pernah kita abadikan bersama...

6 comments:

  1. Si makhluk yang berbisa dari ular tu still buat perangai lagi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak... selagi nyawa dia ade, selagi tu lah dia wat perangai...

      Delete
    2. Sabar dik. Satu hari nanti anaconda hitam tu pasti dpt balasan yg setimpal atas perbuatannya.

      Delete
    3. balasan itu adalah pasti kak... bkn nk mendoakan yg tak baik, tp x sbr nk tgk zaman kejatuhan dia tu..

      Delete
  2. Akak percaya..insyallah semuanya sementara..Ibarat dilanda sunami, kemusnahan macam x dapat dipulihkan lagi..semangat dan kekuatan seperti dibawa ombak pergi...tapi ternyata semuanya boleh dipulih kembali..biarkan keluakaan bersama masa, pasti akan terkubur juga..yang tinggal kenangaan penuh pengajaran..semangat akan terbina semula..dan kemanisan akan bermula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg sementara tu kdg2 berjanggut gak kak nk menunggu bile pengakhirannya... huhuhu...

      Harap2 ada cahaya yg akan menyinari division ni... hopefully patah tumbuh, hilang berganti...

      Delete


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™