Sunday, July 21, 2013

~~Kami & Recycle~~

As-salam..


Sejak 2 bulan yang lepas aku mengajak En. Asben untuk mula mengumpul bahan buangan yang boleh di kitar semula.. tak kira sama ada yg melibatkan bahan kaca, tin, mahupun plastik.. Masa mula2 dia nampak aku duk mengumpul barang2 recycle ni, dia tny kat aku, "sejak bila ayg mengumpul barang2 ni?" maka jawapan aku ialah.... (wah, dh mcm cerpen)

Ada satu malam time aku blk keje, aku ternampak seorang pak cik naik motor dan berenti kat rumah sampah di blok aku.. pak cik tu tengah menyelongkar sampah sarap dan disisinya terletak beg plastik utk di isi dengan barang2 yg blh dikitar semula.. time tu aku rasa sebak yg teramat sgt sebab aku sedang meletakkan diri bapak aku di situasi tersebut.. sanggup seorang bapa menghabiskan waktu malamnya dengan meneliti satu persatu bahan buangan yg kita anggap sudah tidak di perlukan, tapi baginya, itulah punca rezeki tambahan... (ok, aku tgh touching lg ni!)

Sejak daripada kejadian malam tu, aku terfikir.. Kenapa tidak kita memudahkan jalan mereka yg berusaha untuk mencari rezeki sedangkan kita mampu utk melakukannya.. Berbekalkan kepada pengalaman semasa tinggal di umah sahabat baik aku di Jepun masa short holiday ari tu, aku nekad untuk mempraktikkannya dalam kehidupan seharian aku khususnya dan teman2 lain amnya.. InshaAllah..

Ilmu pengurusan bahan buangan yg sangat praktikal ni aku pelajari daripada masyarakat Jepun yang telah melaksanakan kaedah seperti ini sejak dari dulu lagi.. So kengkawan, marilah kita berusaha bersama2 utk kesejahteraan semua.. 

1 - Basuh terlebih dahulu bahan buangan dan keringkan 

2 - Tanggalkan label produk sekiranya boleh dan RAJIN..

3 - Kumpulkan semampu yang boleh..

Hasil simpanan kami selama 2 bulan..

Masa nak buang bahan recycle kat rumah sampah, jangan masukkan ke dalam tong sampah besar tu.. Niat asal kita nak membantu mereka yg memerlukan, so biarlah niat tu murni sampai ke akhirnya.. Means, taruklah beg plastik tersebut di luar mahupun di sisi tong sampah besar berkenaan.. So bg sesiapa yg memerlukan brg tersebut tidak perlu lagi menggali longgokan sampah yg mana kita sendiri pun kalau  boleh tak nak mendekatinya..

Hari ni, aku ingin menyeru kepada teman2 yg membaca blog ni utk mulakan usaha yg adakalanya di anggap KECIL bagi kita, tapi sangat BESAR maknanya buat sesetengah golongan.. Tak de lah susah mana pun nak mengasingkan barang2 tersebut jika di bandingkan dengan susah payah mereka yg terpaksa menggali berpuluh2 beg bahan buangan semata2 utk mendapatkan sebiji tin minuman ataupun yg seangkatan dengannya..

Buat rakan2 yg telah memulakan usaha sebegini lebih awal daripada aku, TAHNIAH aku ucapkan.. tapi, buat mereka yg belum bertindak sedemikian, usah tunggu sampai esk.. anda mampu mengubahnya!

A big thank you to everyone!


Add caption

2 comments:

  1. k.s: tulisan tu even x letak nama pon kalo ko buang kat venezuela sekalipon..ak tetap cam itu ko!! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. tulisan 1 dlm sejuta tu.. noty u ni tau~~ kehkehkehkeh..

      Delete


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™