Thursday, March 20, 2014

::Dari Satu Sudut Di Setiap Kejadian::

As-salam..

Lamanya lahai tak menaip kat sini... selain tak de apa-apa cerita yg nak dikongsikan, mood utk mengadap blog sendiri pun sangatlah ke laut.. tp, gi menziarah blog org rajin plak.. :) Anyway, dalam keadaan cuaca dan kesuraman yang tidak menentu sekarang ni, Alhamdulillah, aku masih berada dalam keadaan yg sihat sejahtera.. Syukur, tiada perkara berat yang perlu ditanggung setakat ni.. semuanya perkara2 kecil yang boleh di selesaikan.. 

By the way, setelah org lain mengomen bertan-tan mengenai kejadian MH-370, maka pada hari ini, aku baru berkesempatan utk meluahkan sedikit rasa yang terpendam.. sebelum panjang aku mengomel, terlebih dahulu aku doakan semoga para penumpang dan anak2 kapal yg kita tidak tahu lokasinya kini berada dalam keadaan yang baik2 dan dirahmati olehNya.. InshaAllah, mereka selamat di bawah lindunganNya.. Amin.. 

Lately, Malaysia telah ditimpa dengan pelbagai dugaan yang maha berat utk kita tanggung.. setelah genap setahun kejadian tragis di Lahad Datu, kini kita di gemparkan dengan kehilangan MH370, catuan air, jerebu, banjir dan sebagainya.. Mungkin ini adalah amaran bahawa bumi telah menunjukkan kemarahannya pada kita.. Jika bumi yang kita diami setiap hari ini pun telah berani mempamerkan amarahnya, apatah lagi Allah S.W.T. terhadap kita umatnya.. telah banyak perkara2 besar yang berlaku didepan mata kita sblm ini, namun kita hanya memandangnya sebelah mata.. mungkin di atas dosa dan kesilapan kita, org yang tidak bersalah menerima hukumannya.. Semoga kita sebagai umat Islam bersatu dan bermuhasabah diri mengenai kehidupan ini.. 

Alhamdulillah, doa dan permintaan kita telah didengari dan dimakbulkan olehNya.. Setelah kebanyakkan umat Islam di negara kita melakukan solat Istisqa', maka hujan telah turun membasahi bumi Malaysia kebelakangan ini.. Syukur Alhamdulillah.. Ramai umat manusia di negara kita menerima manfaat yang besar di sebalik turunnya hujan ni.. kawasan pertanian yg dulunya kering kontang, kini telah kembali subur.. kawasan yang sblm ini kering empangannya, kini telah kembali memenuhi ruang.. Sesungguhnya, di sebalik setiap yang berlaku itu mempunyai hikmah yang tersendiri.. Walau dalam apa jua keadaan, kita seharusnya tenang dan sabar dalam menghadapi situasi tersebut.. Kesimpulannya, bila dh tiba musim hujan sekarang ni, jgn plak kita merungut dan mempersoalkannya.. contohnya :

"aduh, ujan plak.. abislah basah kain yg aku jemur td".. 
"alamak, ujan lagi.." 
"asyik ujan jer sekarang.. susah nak kluar umah"

Manusia sekarang ni suka mengomel.. bila cuaca panas dan kering, kita duk mintak ujan... bile dah ujan, kita bising plak kenapa ujan.. means, manusia ini tidak pernah cukup dengan apa yg ada.. (pesanan dan ingatan utk diri sendiri sebenarnya).. semoga lepas ni kita semua dapat melakukan perubahan yang positif.. tidak banyak, sedikit pun jadi.. insyaAllah.. 

Berbalik kepada kejadian MH370, tak dapat aku bayangkan perasaan mereka sekarang.. aku kalau dalam kapal terbang juz turbulence pun aku dh mcm nak gugur jantung.. time ni terkumat kamit mulut aku membaca ayat2 yang berlegar di kepala.. inikan pula mereka yg kita tahu berlepas ke ruang udara namun hingga kini tidak tahu nasibnya.. pelbagai rumours telah kita dengar setakat ni.. walau apa pun jua yg berlaku, andai ini angkara rencana manusia.. maka ingatlah.. manusia merancang, Allah S.W.T. juga merancang.. namun, perancangan daripada Allah S.W.T. itu adalah yang sebaik2nya..  


Add caption

No comments:

Post a Comment


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™