Tuesday, June 19, 2012

::Penang, Kedah & Perlis::

Salam...

Last 2 weeks, aku bersama En. Asben serta keluarga sepupu aku telah pergi ke utara tanah air utk antar adik aku dan anak buah aku masuk ke Pusat Pengajian masing2... Alang2 menuju ke utara, kami pun plan utk melawat beberapa tempat dalam masa 2 hari yg ada...

Kami bertolak dari Shah Alam pada pagi Jumaat untuk menuju ke rumah pak cik aku di Penang... Alhamdulillah, kami telah selamat sampai di sana pada jam 1.00 pm... Lepas berehat2 dan menghela nafas lega, kami meneruskan perjalanan utk ke Balik Pulau... Ekceli, antara bulan Jun dan Julai, buah Durian sedang gugur dgn riangnya di kawasan Penang... For me, Durian di Balik Pulau adalah buah durian terbaik di abad ini yg pernah aku jumpa selain harganya yg agak murah jika di bandingkan di kawasan Klang Valley... 

Kami seramai 12 orang makan Durian Kampung n Kahwin sampai puas... kami hanya di caj sebanyak RM 114 sahaja... murah dan berbaloikan??

Longgokan durian di mana2 sahaja di sekitar Penang...


Tanda Puas!!

Lepas perut dan tekak di jamu dengan raja buah sepuas2nya, kami meneruskan perjalanan untuk ke Perlis pula dan bermalam di sana... FYI, kami gerak dari Balik Pulau pada jam 6.00 pm dan sampai di Kuala Perlis pada jam 10.00 pm... kami terpaksa melalui bad traffic utk ke sana... especially di jambatan Pulau Pinang dan kawasan sekitarnya... rasa nk tercabut kaki duk tekan clucth..

Keesokan paginya, kami telah di undang oleh sahabat baik sepupu aku untuk breakfast cum lunch di umah keluarga beliau... masa on d way ke sini, mata aku tak berkelip tgk sawah padi yg sdg menghijau di kiri dan kanan aku... mmg saujana mata memandang sungguh...


Di belakang umah beliau...


Best giler kawasan kat kampung ni...

Setelah kekenyangan di jamu dgn lauk pauk kampung yg sgt menyelerakan dan berlatar belakangkan berelung2 sawah padi, kami meneruskan perjalanan lagi untuk cuci2 mata ke Kuala Perlis pula... FYI, Feri2 yg terdapat di Jeti Kuala Perlis ni adalah merupakan alat penghubung antara Perlis dgn Langkawi... kalau dr jeti ni, tak sampai setengah jam perjalanan, kita akan sampai di Langkawi... pada hari kejadian, kami tak cukup masa utk berjalan ke Langkawi.. InsyaAllah, will be there next time...

Tu Langkawi katanya...


Next time nk naik Feri kat blakang tu...

Selesai meninjau kawasan sekitar Jeti, kami teruskan lagi perjalanan... kali ni ke Gua Kelam, Perlis... Cantik giler okay kawasan rekreasi ni... dah lah cantik, bersih plak tu... mmg tabik springs kepada mereka yg memelihara dan memulihara kawasan ni..

Air keluar dari Gua tu...


Deruan air yg sgt menenangkan...

Cantik sungguh....


Tinggi gak Gua Kelam ni...


Lepas gi Gua Kelam, kami berjalan lagi... Destinasi kali ni adalah Padang Besar... Tak byk benda yg berkenan kat ati aku time berada di sini... kalau bawak makcik2 atau mak2 kite, rasanya diaorg sukalah kot coz kat sini byk perkakasan dapur dan barang keperluan rumah yg boleh di beli...

Now, we are in Thailand territory..


Panas giler nk mati dlm bangunan ni... Tak de aircond babe!

Setelah seharian penat berjalan, kami meneruskan matlamat sebenar ke utara ni iaitu utk menghantar adik aku balik ke UiTM Merbok... Masa on d way ke sana, perut dah berdondang sayang plak... so kami membawa diri ke Tanjung Dawai  seketika utk mencekik seafood dan kawan2 beliau plak...


Not bad air tangan org situ...


Masing2 kebuluran tahap gaban...

Sementara menunggu hidangan tersedia, kami amik angin kat pesisir Pantai Tanjung Dawai sambil menikmati suasana sunset..

Lepas hantar adik aku kat asrama, aku dan En. Asben bertolak balik ke Putrajaya... Kami bertolak dari Sungai Petani pada jam 10.00 pm dan sampai di umah pada jam 6.00 am... sebanyak 4 perhentian telah kami singgah utk melelapkan mata... manakala family sepupu aku check in kat Bukit Merah... Kami malas nk check in coz keesokannya iaitu pada hari Ahad pagi,  aku telah di arahkan utk MASUK ke OFIS!

Sekian....



4 comments:

  1. waaa..bestnye aza...kami pun pernah wat cuti2 cmtu gak..mostly tmpt aza pergi, N pergi jguak ritu...rs nk repeat lg pulak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best Ann, tp penat sikitlah badan...

      Bile last ke utara?

      Delete
  2. besttttt (tp penattttt). kalo x ke tganu ritu mesti nk ikut korang trip ke utara nih. tp agak2 la kan (kematu pungkok naik keta pun x abes lg) muahaha....

    akak x pernah sampai lg pdg besar. sobbbbssss...

    ReplyDelete
  3. Mak Izz : tak best mane pun kak padang besar... best lagi gi Nilai... ^___^

    ReplyDelete


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™