Thursday, August 4, 2011

::Alahaii... Musnah Harapan::

Salam...

Sejak En. Suami duk kat Kuching, blh di katakan, setiap kali dia blk, mesti aku suruh dia beli kek lapis... tp bile dh terbaca artikel ni, rs kembang kuncup plak tokak den ni haaa....

Peralatan kek lapis guna bahan tidak halal perlu disamak


KUCHING 3 Ogos — Pengusaha kek lapis yang pernah menggunakan mentega Golden Churn Creamy Butter yang kini didapati mengandungi DNA babi perlu membersihkan peralatan membuat kek tersebut mengikut kaedah Islam.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman berkata, pembersihan tersebut atau "menyamak" perlu dilakukan bagi memastikan produk tersebut selepas ini halal dari peringkat pembuatan sehingga dijual ke pasaran terbuka.

"Sekarang sudah sah mentega itu haram. Sesiapa yang pernah menggunakannya perlu samak segala peralatan yang pernah digunakan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) berjumlah RM51,286 kepada 35 penerima di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi kek lapis yang diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), pengusahanya tidak perlu menggunakan kaedah pembersihan tersebut.

Daud berkata, pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Sarawak telah diminta supaya menarik balik iklan yang diletakkan oleh premis perniagaan yang memberi jaminan bahawa produk mentega tersebut adalah halal. Sementara itu Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS) mahu mendapat penjelasan lebih terperinci daripada JAIS mengenai kaedah samak tersebut.

Presidennya Rabiah Amit berkata penjelasan tersebut adalah perlu memandangkan penggunaan produk itu bukan sahaja digunakan untuk tujuan komersial tetapi juga untuk persendirian sejak dari dahulu lagi.

"Kita (PPKLS) telah lama tidak menggunakan produk tersebut dan telah guna produk lain, namun macam mana dengan pengguna persendirian yang lain. Adakah mereka perlu samak peralatan mereka memandangkan produk tersebut digunakan majoriti umat Islam di negeri ini," katanya. - BERNAMA

9 comments:

  1. alamatnya raya ni kta x mkn kek lapis dh nk mkn buat sndri hehehhe

    ReplyDelete
  2. hehehehe... tau tak pe... sudahnya kita mkn kuih lapis jer lah... kalau nk wat kek lapis tu mmg tak gheti lah dik oii...

    ReplyDelete
  3. mmg confirm smua pkai mentega 2 ker?? jwbnye mmg dh lme le mkn bnde2 xhalal ni :(((((

    ReplyDelete
  4. hahahha....kuih lapis kuih lapis lah asal hujung dia da lapis hahhah...kira berapa lama abg dok kuching tu mmg stiap kali gak lah mkn kek lapis..agak2 dh berapa lama dh tu hihihihi..keke lapis tu bermukim kak?

    ReplyDelete
  5. Bob: aku tak sure plak semua pengusaha pakai mentega yg sama atau tak.. ghisau beb..

    Fina: asben akak dh 2 thn duk sane.. kek lapis dlm perut akak ni mmg dh kategori bermukim dh ni... adoooiiii!!!!

    ReplyDelete
  6. Lorh..x jadi la nak bisness tuk raya kan..

    ReplyDelete
  7. hahahahaha... tu yg jual kerepek jer...

    ReplyDelete
  8. so, thn ni xde kek lapis ke??uwaaaa..hukhukhuk

    ReplyDelete
  9. nanti aku suruh laki aku part time kat sane g survey semua kedai kek lapis.. makesure cr yg halal jer... ngeh3x..

    ReplyDelete


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™