Wednesday, June 13, 2012

::Prog. Sukarelawan Lagi::

Salam...

Program Sukarelawan yg telah aku sertai kini masuk ke fasa II... Selepas ke Taman Negara, kali ni kami menabur khidmat masyarakat ke kawasan Sungai Besar dan Sabak Bernam pula.. masa mula2 aku dgr nk ke Daerah ni, semangat aku sgt berkobar2 nak pergi... almaklumlah, di situlah tempat aku menimba ilmu suatu ketika dahulu dan di situ jugalah tempat pertemuan antara aku dan suami... so excited giler aku di buatnya... huhuhuhu...

Kali ni punya program memakan masa yg agak singkat iaitu 1hari dan 1malam jer... walaupun singkat, tapi program yg telah di susun mmg agak padat... mmg enjoy sgt dgn program2 kemasyarakatan mcm ni... bak kata org, jauh perjalanan, luas pemandangan...


Kami gerak dari ofis pada Sabtu pagi dan tiba di Masjid Al-Abrar di Sepintas, Sabak Bernam kira2 waktu tengah hari...  Planning asal nk bersihkan kawasan kubur, tp Pak Imam kat situ kata tak perlu coz kebiasaannya bila hampir tiba bulan Ramadhan, penduduk kampung akan mengadakan gotong royong utk membersihkan kawasan perkuburan tersebut... so agenda telah di tukar iaitu kami hanya membersih dan menceriakan lagi kawasan dalam dan luar masjid...
 
Rajin betul anak dara 2 org ni...

Majlis penutup...

Lepas selesai program bergotong royong, kami telah di undang oleh salah seorang penduduk di kawasan tersebut untuk makan tengah hari bersempena dengan majlis perkahwinan anak perempuan keluarga berkenaan...

 

 
Apabila perut telah kekenyangan, tayar bas pula telah  bergolek  ke Dewan Tun Razak bagi membolehkan kami melihat beberapa pameran dan menjalani pemeriksaan kesihatan... FYI, semasa kami berada di sana, secara kebetulan Sabak Bernam sedang menganjurkan Sabak Fest.. so pelbagai aktiviti telah di rangka untuk penduduk setempat...



Lepas check in di Green Hotel, Sg. Besar, aku dan sahabat baik aku telah secara senyap2 merehatkan diri sambil mengurut kaki di Pusat Reflexology yg terletak betul2 kat belakang hotel kami... melepaskan lelah katanya... ^___^


Pada petangnya pula, kaum adam ada perlawanan bola sepak persahabatan dengan penduduk setempat dan artis daripada Berita Harian...


Manakala kaum hawa telah di beri satu kereta... memandangkan aku agak expert jalan2 kat area sana, maka aku telah membawa kengkwn aku ke tempat paling fofular di Sabak iaitu Bagan Nakhoda Omar (BNO)... bile sampai kat sini, aku rasa deejavu giler... almaklumlah kenangan lama mengusik kalbu... ngeh3x...

 

Kat BNO ni sgt terkenal dek kerana mee udangnya...  selak udang baru jumpa mee okay.. hebat tak hebat lah... tapi petang tu kami tak berkesempatan untuk menjamah mee udang tersebut coz masa sangat mencemburui kami...



Yang kami sempat hanyalah amik angin, makan angin dan buang angin sambil tgk sunset... (sekali lagi kenangan lama mengusik kalbu)... ngeh3x...

Pada malamnya pula, kami ada dinner di Hayy Resort sebelum bertolak untuk menyaksikan Program Puisi Riong anjuran Berita Harian... Lama tak layan puisi2 ni, tapi bila sekali sekala layan syok jugak...


Salah sorang artis yg di kenali sbg Uncle Wan Hanafi Su...

Keesokkannya sebelum bertolak pulang, kami sempat shopping dan cuci mata kat kedai2 di kawasan Sungai Besar tu... Alhamdulillah selamat sampai umah pada jam 2pm...

Selamat tinggal Sungai Besar!!





5 comments:

  1. wahh...mule kenal sg,besar lepas kawin..mostly beli brg shopping2 kt sg.besar dan pekan sabak

    ReplyDelete
    Replies
    1. i see... kalau tak bertemu cik B, tak de lah jejak kaki ke sg besar n sabak yer Ann? ngeh3x..

      Delete
  2. aktifnye kamu....

    kalo takde pape nak buat, mmg patot la kite isi kan dengan aktiviti sebegini... jauh perjalanan luas pandangan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak bape nk aktif pun eMMe.. aktiviti ni tak byk kuar peluh pun... ngeh3x...

      Delete
  3. salam, saya ada hal kat sabak bernam & sungai besar minggu depan, duk cari hotel yang ok dari segi kebersihan, terjumpa blog ni, boleh x share experience duk kat green hotel? dr segi kebersihan dan kawasan sekitar, senang tak cari makan? terima kasih.. nurul.h@gmail.com

    ReplyDelete


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™