Wednesday, June 22, 2011

::Lain Padang, Lain Belalang::

Salam...

Yg hidup pastinya akan mati, yang ada pastinya akan pergi.... yg kekal hanyalah Allah S.W.T. yg telah mencipta langit dan bumi... begitulah lumrah kehidupan yg harus kita tempuh... Langit tak selalunya cerah dan mendung tak bererti hujan... Hari ni aku perlu meluahkan segala2nya walaupun ianya kelihatan agak sukar utk kalian memahaminya.... aku dah tak dpt nk membendung lg perasaan hiba yg tersimpan kat dlm ati aku ni tatkala membaca dan mendengar kisah2 kehidupan yg telah berlaku pada kengkwn mahupun keluarga sejak kebelakangan ni... Ianya sungguh menyiksa jiwa... suami menasihati aku agar tidak terlalu memikirkan hal org lain... tp bagi aku, kesusahan org, adelah kesusahan aku juga... aku harus membantu apa yg terdaya... lagi2 kalau ianya berlaku pada kenalan rapat aku sendiri...

Sesungguhnya mmg terlalu sukar untuk kita menempuhi liku2 kehidupan kat dunia ni samada penghujung kpd dugaan tersebut bakal menemui kebahagian mahupun sebaliknya.... Di dunia serba canggih spt skrg ni, ia sememangnya masih lagi memerlukan keutuhan dan keikhlasan hati yg kebelakangan ni sgt sukar utk di temui... sumtimes ape yg kita miliki skrg ni bkn semuanya kelak akan menjadi milik kita... kesenangan yg di kurniakan pada kita hari ini haruslah di kongsi bersama dgn mereka yg sgt memerlukan... Oleh yg demikian, jgnlah kite bersifat tamak dan terlalu asyik memikirkan kehidupan d dunia semata-mata sehinggakan kita terpaksa melanggar border yg tlh di tetapkan... Kekhilafan yg melibatkan dosa silam sedikit sebanyak mengajar kita utk mengenangkannya kembali... bertawaduk dan berzikirlah selalu agar hati ini kian kembali ke jalan Nya... InsyaAllah...

Dalam kita meniti liku-liku kehidupan yg membahagiakan, namun tanpa disedari ada jua airmata suka dan duka yg telah menitis dan kelak ianya mampu untuk di jadikan memori utk di kenang... Semoga apa yg telah berlaku di  hadapan mate kita dapat dijadikan pedoman pd diri kita sendiri mahupun insan sekeliling... Sesungguhnya, sebaik-baik manusia adalah mereka yang dapat memberi manfaat kepada kehidupan manusia yang lain...

Buat sahabat2ku, bersamalah kita tabahkan hati dan cekalkan semangat dlm kita meniti dugaan dan cubaan yg sedang kita tempuhi skrg... mengertilah wahai sahabat bahawa setiap apa yg berlaku ini ade hikmah yg tersembunyi... InsyaAllah, yg pahit akan manis jua akhirnya....

"YA ALLAH, YA TUHANKU, BERILAH KEPADAKU SERTA INSAN SEKELILING KU KEHIDUPAN DUNIA YG BAIK, KEHIDUPAN AKHIRAT YG SEMPURNA SERTA JAUHKANLAH  KAMI DARI SEKSA API NERAKA.... AMIN!


9 comments:

  1. "Sesungguhnya, sebaik-baik manusia adalah mereka yang dapat memberi manfaat kepada kehidupan manusia yang lain"

    really love the WORD!

    ReplyDelete
  2. aku pun rase terkejut ape yg blaku pd kwn2 kita...ang pun sabar ye on..kepidup..

    ReplyDelete
  3. lea: awat sedih sgt? Sabar la... apa yg berlaku ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  4. Dugaan yang datang menginsafkan diri,mengingatkan kita sentiasa bersyukur, menyedarkan bahawa hidup ini hanya sementara..letakkan diri diatas landasan sebenarnya.

    ReplyDelete
  5. Mak Izz :bersamalah kita memanfaatkannya..

    Emma : Sgt terharu dgn mereka yg sdg diberi ujian oleh Nya...

    Kak Yus : tulah, mmg sgt berpegang dgn kata2 tersebut...

    Komi : Thank you so much...

    ReplyDelete
  6. sabar2 trimalah seadanya w/pon pahit kenyataannya...dan Takziah kpd staff PMO serta keluarga k.Nora..akak baru tau td jumpa dgn mashitah

    ReplyDelete
  7. semoga roh beliau di cucuri rahmat.. Al fatihah..

    ReplyDelete
  8. kawan2 kita? eh ada gosip ke? nk tauuuuuuuuu.... (email pun bole)

    ReplyDelete
  9. huhuhu... kalau jumpe lg best... tp bile agaknya yer??

    ReplyDelete


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™