Puncak, Bogor
Perjalanan untuk hari kedua diteruskan lagi.. kali ni kami ke Bogor yg mana perjalanan utk ke sini telah memakan masa selama 3 jam lebih.. kematu punggung wei.. bila tidur, asyik terjaga jer sebab jalan tak rata.. mmg nak patah pinggang di buatnya.. ini lah yang di katakan pengalaman kan? tapi, andai di hari lain aku di beri kesempatan utk menjejakkan kaki ke Indonesia lg, mungkin aku tak dtg dah tempat ni.. :)
Kawasan ni memang sejuk giler.. dah lah angin kuat.. assiikkkk...
Kami berenti makan di kawasan Puncak.. apa nama restorennya pun aku tak tau.. sebab aku keluar kereta dalam keadaan mamai time ni.. pinggang rasa mcm nak patah lapan..
Ok, now dh kenyang.. jom teruskan lagi perjalanan..
Taman Safari
Bayaran masuk ke Taman Safari ni baru jer naik.. iaitu IDR25o,000.00 bersamaan RM75.oo tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak dan tak termasuk kereta.. kereta kami free masuk sini sebab big boss pak supir dah buat surat siap2... FYI, safari night pun ada gak.. tapi kena guna transport yg mereka sediakan.. kalau masuk siang, blh bawak transport sendiri..
Taman Safari ke Taman Safarin tu? kehkehkehkeh..
**mintak mahap Ebob**
Pisang dan carrot wajib di beli di luar Taman Safari ni.. senang nak beramah tamah dgn haiwan kat dalam nanti.. sedap gler pisang kat sana tau... jgn kata haiwan, kami pun melantak sama.. satu utk engkau, satu utk aku.. dua utk engkau, doploh utk aku.. ;)
Ultraman naik zebra tiruan..
Anyway, haiwan kat dalam Taman Safari ni memang segar bugar.. teramatlah berbeza kalau nak di bandingkan dengan haiwan2 kita yg ada kat Zoo Negara.. mungkin kawasan persekitaran dan suhu juga banyak membantu pertumbuhan haiwan2 di sini.. udara yg nyaman dan di tambah pula dgn kawasan sekitar yg dikekalkan dgn ciptaan alam semulajadi seperti air terjun, sungai dan hutan lipur membuatkan haiwan2 di sini terasa seperti mereka berada di habitat sebenar...
Berbaloi sungguh masuk ke sini jika di bandingkan dgn perjalanan yg lama dan harga bayaran masuk yg agak tinggi.. especially sapa yg ada anak kecil.. ayuh berkunjung ke sini.. tak rugi okay..
Setiap kali haiwan2 ni dtg dekat nak masukkan kepala kat tingkap kereta, aku mesti terjerit2 kat belakang.. risau wei haiwan2 ni masuk dlm kete kang tak leh keluar plak.. dan aku asyik terbayang kalaulah haiwan2 ni terbersin, abis satu kete.. virus! imaginasi aku sgt tinggi okay!
Kawasan Taman Safari ni sangatlah luasnya.. macam2 ada kat sini.. kalau org daripada kawasan luar datang, mereka kebanyakkannya akan bermalam disini coz tak kan sempat punya nak meronda semua dalam masa satu hari di tambah pula dengan perjalanan yg memakan masa berjam2... kami berkesempatan naik cabel car yg hampir2 dah nak tutup dgn bayaran sebanyak IDR50,000 = RM15 seorang... once naik kabel car ni, kita dapat tgk seluruh kawasan sekitar... so jimat masa.. tak yah nak menapak.. fuuhh!
Persembahan haiwan pun banyak gak.. tapi kami malas nak tgk coz mengejar masa.. ada beberapa ekor haiwan yg boleh kita naik dan dia bawak jenjln.. harus diingat, di Indonesia, tiada apa yg free! semuanya berbayar.. masuk toilet pun aku kena bayar RM0.90sen.. choooiii!
Jakarta - Hard Rock Cafe
Kedudukan Bogor agak dekat dengan Jakarta... hanya perlu meneruskan perjalanan kira2 sejam 15 minit, kita dah blh sampai ke bandar Jakarta.. memang kami dah pasang niat utk ke Jakarta coz masing2 nak ke HRC... masa bulan 6 ari tu aku gi Jakarta HRC tengah renovate... mujur kali ni aku dtg dah siap sepenuhnya renovation tu..
Tugu Monas
Dah alang2 sampai Jakarta, kami singgah sekejap amik angin kat Tugu Monas atau nama penuhnya Monumen Nasional... Tugu ni adalah icon Bandar Jakarta.. Monas adalah tempat sejarah.. tapi apa sejarahnya, aku tak abis study lagi :) sapa nak tau, sila google sendiri okay.. tq come again.. apa yg aku tau, kat atas tugu ni di salut emas.. tu jer!
Mereka ni tak abis2 shopping2..
kat Monas ni pun sempat lagi rembat t-shirt sampai berbondong2..
I behave di kala ini.. *___*
Letih giler aku rasa hari kedua ni.. perjalanan di teruskan lagi iaitu kira2 3 jam setengah utk sampai ke Bandung.. konon balik bilik nak massage, tapi semalamnya aku br massage.. lagipun kami sampai dh lewat..best woo massage kat sini.. murah! juz one call, mereka sampai ke bilik kami.. assiiikkk dong!
***panjangnya entri kali ni.. dah lah byk gambo.. letih wei!
-END OF DAY 2-
Add caption |
wah rasanya entry ni baru lagi? amacam sronok x sana ? haha best tengok and ag safari :)
ReplyDeletehai! tq sudi singgah sini..
DeleteEntry ni baru tak baru sangatlah.. huhuhu.. memang best kalau gi holiday dgn family..