Thursday, October 3, 2013

:: Day 1 @ Bandung::

As-salam...

Pasar Baru

Pasar Baru adalah destinasi pertama yg kami tuju untuk cuci mata di Bandung.. Memang boleh habis beribu kalau duk lelama kat tempat ni.. tak kira kaum adam mahupun hawa, segala keinginan pasti akan memuncak di sini.. Utk wanita, antara barangan yg ada di sini termasuklah telekung, kain pasang, kain lace, jubah, handbag, purse, kasut dan macam2 lagi lah...  untuk si pria pula, antara yg menggoda iman mereka ialah kasut, jaket kulit, tali pinggang dan mcm2 lagi lah.. byk sangat bendanya sampai lupa jadinya.. huhuhu... 




Sir Cinta ni adalah kedai pertama yg kami pergi.. kat sini jer dh abis berjuta.. kedai ni ada jual telekung, kain pasang, jubah, kain sarung dan macam2 lagi.. sape yg nk shopping kat cni, jangan lupa mintak diaorg buatkan air teh ke, kopi ke or mineral.. free tau.. rugi tak mintak.. huhuhu.. peluang perniagaan pun di buka kepada org ramai.. sape nak berbisnez, blh bukak FB kedai ni iaitu "SIR CINTA"...

Si lelaki yg dah x blh bersabar dgn kaum hawa yg x keluar2 dari kedai tu...







Dah macam orang sana aku tengok laki aku ni..








Kami telah menghabiskan masa selama 5 jam lebih di sini.. tu pun tak abis round semua coz pemandu arah kami bawak ke tempat2 yg perlu sahaja.. Tempat makan di Pasar Baru ni terletak di tingkat paling atas sekali.. makanannya pun sedap.. ari tu kami makan ayam penyet dan lauk sampingan yg lain... Souvenir juga ada di jual disini seperti FM, t-shirt, makanan ringan dan mcm2 lagi lah.. jangan lupa bawak back pack kalau dtg ke sini.. senang nk isi barang bila dh byk sgt membeli..

Toko Tiga


Toko Tiga adalah pusat jualan jeans berjenama dgn harga yg agak murah jika di bandingkan dgn Malaysia.. Contoh, Levis yg harga RM3++ di Malaysia, di sana boleh dapat RM2++.. semuanya original.. macam2 brand jeans ada kat sini.. bukan setakat levis jer tau.. tp aku tak beli pape kat sini coz size seluar yg paling besar utk wanita adalah 36.. memang tak lah kan aku pakai size 36... ;( En. Asben dan bapak aku bukan main shopping kat sini.. so turn aku plak kena top up kesabaran...







Toko Anak Kecil

Perjalanan di teruskan lagi.. kali ni kami singgah pula ke Toko Anak Kecil.. dah nama pun Toko Anak Kecil, so baju budak2 jer lah yg ada jual kat sini.. walaupun aku tak de rezeki baby lagi, tapi aku tak lepaskan peluang utk borong baju bebdk.. dalam waktu terdekat ni, ramai kengkwn aku yg dh bersalin n tgh tunggu hari.. so aku beli siap2... macam2 brand pakaian dan keperluan lain ada di jual disini.. contohnya baby gap, disney, H&M dan mcm2 lagi lah..




Es Krim Durian..
Nampak macam sedap.. tapi belum rasa nak cuba..

Restoran Makan Sunda - Karamba

Dah penat shopping sehari suntuk, maka tiba lah masa utk isi perut.. pak supir bawa kami makan ke Restoran Karamba.. kat sini menyediakan hidangan masyarakat sunda.. aku as usual, order ikan gurame (talapia) goreng..











Ini lah ahli rombongan kami..
Ebob + Akif
Su + Ibu
Aku + En. Asben + Bapak
(yang baju biru tu pak supir kami.. namanya Pak Engkus)

Bila dah kenyang, maka kami pun pulang ke hotel.. malam tu sebelum tdo, duk termenung sambil tangan kat atas dahi duk memikir sambil seraya berkata dalam hati "aduyai.. baru hari pertama dh abis juta2.. mcmane lah nak menempuh hari2 seterusnya"...

- END OF DAY 1-

Add caption

4 comments:

  1. k.s: ada souvenier x untuk den ni??

    ReplyDelete
  2. wow meriahhh you all abiss jutaaan giteww kalah kak tut tut kikikii

    ReplyDelete


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™