Monday, September 24, 2012

::Shanghai - Sightseeing II::

Alhamdulillah, demam dan selsema dah beransur pulih... tapi tekak sgt memeritkan especially bile nak telan air liur.. tuhan jer yg tahu... batuk pun tak reda lagi... setiap kali batuk, terkencing2 di buatnya.. oh, perit!
Anyway, aku nak abiskan juga citer jenjalan masa kat Shanghai ari tu.. malas nk citer panjang, biarlah gambar menceritakan segalanya... yg penting tak de entri tertunggak... ^___^
Silk King ni merupakan gedung menjual sutera.. tapi aku tak mampu nak beli sutera kat cni.. mahal nak mam! semeter RM400.. so cuci mata jer lah..




Lepas balik dari Water Village ari tu, kami gi jenjalan cari souvenir kat tempat ni.. memandangkan aku ni byk mkn semut, so aku tak ingat dah apa nama tempat ni.. padahal 2 kali dah kitaorg gi ke sini.. aku mmg sah tak leh jd tourist guide.. hancus! ampun kan saya penunggu gua!

Time ni kami sedang berjalan2 utk mencari Halal restaurant.. mmg agak payah kat Shanghai nak cari restoren yg halal.. mission just dpt suggest 3 jer kedai makan yg halal.. sebesar2 bandar Shanghai tu, 3 jer restoren yg halal.. yg satu tu, time kami gi dh tutup..

By the way, ingin aku kongsikan sedikit pengalaman time kat sana... FYI, pengalaman yg tak dpt di lupakan ialah kemana2 jer kami pergi, drumstick babi panggang di jual dgn meriahnya.. konon macam kopok lekor kat Msia ni... lalu jer, jumpa... jumpa jer lalu.. Alamak, tetibe rasa loya... ;(

Masa kat sana kami stay kat Kerry Hotel.. Hotel ni milik org Malaysia kita iaitu Tan Sri Robert Kuok.. Tauke gula yg terkaya kat Malaysia tu... Ada gak rakyat Malaysia yg berkerja kat hotel ni... tapi yg sedihnya, setiap kali breakfast kat hotel ni, aku hanya minum black coffee n mee goreng vegetarian.. tu jer yg bebas daripada daging haiwan berkenaan... spt yg aku nyatakan tadi, haiwan pink tu ade juga kat cafe hotel ni...

Apa lagi yer yg nak di kongsikan? rasanya cukup dh tu kot... apa?? barang shopping... ngeh3x... tgk lah nanti kalau free aku update.. nak layan tekak jap.. bubye!


Friday, September 21, 2012

::Air Tangan B4 Sakit::

 
 
Masa cuti 3 hari baru ni, seperti kebiasaannya, kami akan balik ke Sepangnyol.. Memandangkan jadual mak mmg tiap2 minggu penuh, maka mak sub kan tugas memasak dia kat aku... mak kalau tak de kelas, mesti ada gi rewang kat  umah pengantin.. mak mmg org dapur terhangat di pasaran.. lagipun mak n abah skrg kene keje kuat ckit sbb dah tak lama dah, org kg plak kene berkerja keras kat umah mak.... ^___^
 
Sebelum di serang demam, aku telah berkesempatan masuk ke dapur mak utk siapkan makan tengah hari bagi memenuhi perut isi rumah yg lain.. lame dah rasanya aku tak masuk dapur.. bulan puasa tahun ni pun kureng giler dapur aku berasap... lalalalala~~~ penyakit malas dah semakin menular lah tu maknanya...
 
Anyway, kalau dh malas, so lauk yg di masak pun ala kadar jer lah.. yg penting kenyang! ^__^
 
Ikan Keli berlada..
 
Kacang Botol Tumis...
 
Telo Dadar Mayonaise..
 
 

Thursday, September 20, 2012

::Sekalung Penghargaan Buat Mu::

 
Hari ni masuk hari keempat aku menerima kafarah.. yer, aku demam! aku kalau demam, mmg lain daripada yg lain... almaklumlah org jarang demam.. sekali demam, amek kaw!! Dah 3 hari demam,  baru semalam aku gi klinik... itu pun sebab kena paksa..
 
Anyway,  dalam sakit2 hari ni, aku gagahkan juga jari jemari utk menaip entri yg aku anggap special ini sbg tanda ingin menzahirkan rasa penghargaan buat suami tersayang.. 2 malam lepas aku mmg tak blh bangun dan rasa lemah seluruh badan.. balik keje aku terus pakai sweater, stokin dan berselimut.. time tu aku rasa kesejukan yg teramat sgt.. rasa mcm dlm peti ais pun yer gak.. ^____^ time tu En. Asben tak balik lagi dan aku BBM dia bgtau kondisi aku time tu.. lepas BBM, aku tak tgk fon dah.. terus aku tdo...
 
Dlm kul 1am, En. Asben balik keje dan aku tersedar time tu coz dia bukak pintu mcm nak roboh.. kelam kelibut dia gi kat aku.. pastu aku dgr kelentang kelentung kat dapur.. rupanya dia cari besen dan tuala utk tuam badan aku yg aku rasakan sejuk, rupanya panas di luar.. kasihnya seorang suami time tu mmg sgt  mendalam aku rasakan... slowly dia kejut aku bgn then suruh minum air badak dan panadol... after that dia taruk eye drop kat mate plak sbb aku kene conjunctivitis...
 
Sambil membelek aku, beliau menanyakan soalan... "Ayg larat ke nak g klinik sekarang, atau nk gi esk pagi?" aku ni mmg penakut giler kalau masuk bab2 klinik n ubat ni.. so aku cakap tak nak gi.. dan yg paling buat hati aku tersentuh bila En. Asben kata "Sayang, kita tinggal berdua jer... ayg sakit, abg jaga.. kalau ayg tak nak gi klinik, nanti dua2 sakit, sape yg nak jaga abg?"... berderai air mata aku time tu... tetiba bersarang plak rasa keinsafan di hati... ;(
 
Semalam pagi, En. Asben kata tak yah gi keje coz dia nak bawak aku g klinik... tp boss aku daripada malam sblmnya dah sibuk calling srh aku masuk ofis.. Aku mintak tolong En. Asben just hantar gi keje dan aku janji dgn dia aku akan ke klinik nanti.. rupanya En. Asben dalam diam call ofismate aku dan mintak dia pastikan agar aku g klinik dan check mata sekali..
 
Ku gagahkan jua diri ini utk ke klinik
demi kerana kau  yg bernama suami..
 
Semalam, aku di temani dua org bodyguard, telah selamat pergi ke Poliklinik An Nur di Presint 15... byk giler Doc bagi aku ubat beserta MC.. entah tahun bile ler aku dapat langsaikan semua ubat2an tu gamaknya.. yg aku peliknya, bila kluar jer dari klinik, automatik aku rasa badan aku semakin beransur pulih.. padahal blum makan ubat apa pun lg... hahahaha... sbnrnya aku paksa diri utk sihat supaya tak payah makan ubat... ^____^
 
Malam tadi, kami dapat berita yg sepupu En. Asben accident dan di tempatkan di wad kecemasan di Hosp Putrajaya kerana patah riuk.. Satu family mereka tumpang tidur rumah kami.. pagi tadi En. Asben balik kul 2.30 pagi coz gi menziarah sepupu beliau tu.. kesian En. Asben, dah 2 ari menjaga org sakit... BTW, kami berdua doakan agar Fariq cepat sembuh dan dapat meneruskan kehidupan seperti sedia kala..
 
Finally, once again, aku ingin merakamkan ucapan terima kasih yg tak terhingga buat kau yang bernama suami.. terima kasih kerana sudi berada di sisi ayg tidak kira ketika susah mahupun senang.. Ayg sgt menghargai jasa dan pengorbanan abg.. Luv u dear..
 
Buat sahabat yg sudi menemani dan memberi kata2 perangsang, jutaan terima kasih jua aku ucapkan.. Hanya Allah S.W.T. yg mampu membalas jasa kalian..
 
 

Friday, September 14, 2012

::Shanghai - Sightseeing::

First, aku rasa mcm nak menjerit sekuat hati  sebab dgn angkuhnya bile En. Asben suruh bawak tab, aku kate "tak yah lah bang... member ayg selalu bawak kamera".... Sesungguhnya malang memang tidak berbau... Sekali, member aku tak bawak kamera daaaa... So, sementara menanti ketibaan kengkwn yg lain sampai dalam  masa sehari dua, kami pun merakamkan kenangan menggunakan blackbabi jer... hasilnya mmg cukup mengecewakan... :(
BTW, dah alang2 sampai di negara orang, tidak sah rasanya kalau kita tidak mengenali budaya dan melawati beberapa tempat yg blh meninggalkan kenangan dlm hidup... Semasa mengadakan lawatan kerja di Shanghai baru2 ni, kami berkesempatan untuk melawati satu perkampungan air yg bersejarah (Water Village) di salah sebuah daerah di Shanghai..


Untuk ke Water Village ni, kami mengambil masa lebih kurang sejam setengah dengan menaiki kereta dari Hotel yg kami diami... Sampai di sini, kami perlu menaiki feri pula untuk ke destinasi sebenar perkampungan yg penuh dgn sejarah pada zaman Dynasty Yin dan Yang.. Kite pernah belajar dulu kan pasal zaman kegemilangan Dynasty Yin dan Yang masa di bangku sekolah suatu ketika dulu... kalau tak ingat, bukak buku balik k... kalau x, cari jer kat google.. ^___^



Dari waktu kami sampai, hinggalah nak balik, hujan turun tak berhenti2... hujan rahmat menanti kedatangan kami gamaknya... ngeh3x... Mujur dh stand by payung..



 Dekat kawasan ni terdapat banyak tokong2 kecil dan besar yang mencatat sejarahnya yg tersendiri.. Ape sejarahnya?? Entah, aku pun tak tau.. ^___^



Cantik sgt pemandangan kat water village ni... tempatnya pun besar dan tak pernah lengang drpd di kunjungi pelancong... terdapat banyak sejarah yg tersurat dan tersirat di setiap inci kawasan ni bermula dari tempat kami melangkahkan kaki keluar daripada feri sehinggalah kaki melangkah masuk semula ke dalam feri... bagi anda yang berhasrat ingin ke Shanghai, tidak rugi rasanya jika anda singgah sebentar di kawasan ini..

 

Wednesday, September 12, 2012

~~Corat Coret Open House~~

 
 

Alhamdulillah, hasrat kami suami isteri nak buat Open House tahun ni terlaksana juga dengan jayanya.. Last open house kami adalah pada 2 tahun lepas.. tak di sangka2 tahun ni rupanya lagi ramai yg sudi hadir bagi memeriahkannya.. Jutaan terima kasih buat kalian yg sudi membantu dan hadir ke rumah kami dgn niat mahu mengeratkan lagi tali silaturrahim yg telah sedia terjalin ini..
 
Tetamu mula membanjiri umah kami seawal jam 12.30 tengah hari dan tetamu terakhir keluar dari umah kami pada jam 11.30 malam.. walaupun penat, tapi kami gembira yg teramat sgt sebab dapat jumpa sedare mare dan kwn2 yg dah lama tidak kami temui...  tapi sayangnya, time dah kelam kelibut ke depan, ke dapur, sampai lupa nk tangkap gambar suasana sepanjang majlis berlangsung.. so, takdelah kenangan dengan tetamu yg hadir.. rasa menyesal giler bile teringat balik... uwaaaa...
 
Anyway, menu open house ari tu kebanyakkannya adalah hasil daripada air tangan aku sendiri.. rasa puas bila menyajikannya kepada mereka yg hadir.. walaupun open house sempena raya, tapi kami punya menu langsung tak de kene mengena dgn hari raya.. ^___^ pagi tu aku bangun seawal jam 6.45 pagi dan kemas2 ckit umah then terus memulakan acara memasak.. antara menu pada hari kejadian ialah..
 
Spagethi + bebola daging..
 
 
+
Steamboat..
 
Sate ayam..
 
Mak sponsor koktail..
 
Air Strawberi..
 
Kuih raya..
 
Petang tu, banyak makanan yg dh semakin susut walaupun dh di top up berkali2.. then adik ipar aku  amik inisiatif utk masuk dapur n masak mee hailam... aku time tu mmg betul2 dh kekurangan tenaga yg teramat sgt.. So, minta dia yg bantu.. Adik aku plak aku tugaskan goreng nuget untuk top up menu...
 
Cerita kehadiran kwn2 tidak berakhir pada hari kejadian.. Semalam, beberapa org ofismate yg tak dapat datang umah masa open house ari tu call kata nk dtg.. memandangkan ianya adalah hari bekerja, maka tahap kemalasan aku sgt lah menggunung tinggi.. sudahnya, aku hanya mampu menapau makanan utk di sajikan kepada mereka...  walaupun satu ofis, tapi kami jarang berborak panjang..  sudahnya semalam kami borak2 dari jam 6.30pm sampai 10.30 malam... women talk katanya... ^____^
 


 
 
 
Terima kasih sekali lagi buat semua saudara mara dan sahabat handai yg sudi hadir ke Majlis Rumah Terbuka kami.. Semoga hubungan kita semakin akrab dan di rahmati olehNya.. kami sebagai tuan rumah mendoakan agar kalian semua di kurniakan sakinah mawaddah warahmah seperti yang di harapkan... Semoga berjumpa lagi di tahun2 yg akan datang.. InsyaAllah...
 
 



Tuesday, September 11, 2012

~~Memerdekakan Pemikiran~~

Berdasarkan pengalaman yg ada, ingin aku kongsikan  bersama kalian bagaimana cara pemikiran kita dalam menempuhi kehidupan seharian.. entri ini khas bagi mereka yg sgt terbuka pemikirannya untuk menerima segala apa yg ingin di ketengahkan.. bagi mereka yg merasakan bahawa pandangan aku ini tidak dapat di terima pakai, terpulanglah..

Malaysia tanah air ku tercinta.. berpegangkan pada pengalaman aku di 8 buah negara yang pernah aku kunjungi, aku sgt bersetuju dengan pepatah "Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, hujan lebat di mana-mana".. eh! ^_____^

Bagi aku, Malaysia mmg tiada tolok bandingannya jika hendak di bandingkan dgn negara maju lain.. mungkin ada yg mengatakan aku ni cerewet, kolot dan sebagainya.. yerlah, lain org, lain lah caranya kan.. tp aku ingin menegaskan di sini bahawasanya kita perlu menyayangi dan memelihara Malaysia tanah air kita ni dengan sebaik yang mungkin...

Tandas

First, ingin aku kongsikan bab kebersihan tandas... bukanlah aku ni seorang yg pembersih sgt.. tp sekurang2nya cukup untuk buat org tidak loya dgn kita sudah memadai.. perkara yg aku sgt menitikberatkan ialah bab tandas.. ini kerana tandas adalah destinasi WAJIB yg perlu aku dan kalian lawati setiap hari...

Aku terdetik untuk buka isu ni sebab semasa aku di China baru ni, aku rasa sgt perit untuk membuang sisa kumbahan aku di tandas mereka.. 1st, mereka kebanyakkannya menggunakan jamban cangkung, dan yg paling kritikal mereka tidak mempunyai sebarang paip air dan tisu.. kalau setakat nak kencing, ok lah lagi.. tp kalau tahap nk buang air besar dan untuk perempuan pula yg ingin menukar pad, bagaimana caranya?? mmg sgt menyeksakan bukan? kalau kita dh prepare tisu ok lah.. tp yg dh kehabisan stok, mcmane pula? selepas ada pengalaman spt itu, aku tak kan ketinggalan utk membawa botol air kosong ke mana2 sahaja..

Di sini, aku ingin kongsikan sedikit teknik yg telah aku praktikan jika aku berada di tandas awam tidak kira di Malaysia mahupun di luar negara bagi menjamin kebahagiaan lubang hidung kita bersama... 1st, sebelum membuang sisa kumbahan, aku akan pastikan aku siram terlebih dahulu ruangan kecil di dalam toilet tersebut.. setelah selesai membuang niat, aku akan flush dan siram sekali lagi ruangan di sekelilingnya.. jika ada tisu di atas lantai, aku akan siramkan ketepi biar menjadi setempat.. dan bg mereka yg sentiasa membawa perfume kemana2, apa salahnya kita semburkan sedikit di ruangan tersebut sebelum keluar.. sekiranya semua org melakukan perkara yg sama, maka kita semua pasti akan tersenyum sebelum niat sebenar dapat di lepaskan.. setuju??

Sampah

Aku sangat kagum bila melihat negara org yg sgt bersih... di kiri dan kanan jalan mereka, tiada sedikit pun sampah sarap yg kelihatan.. kalau lantai di sekitar bazaar, blh siap buat tidur lagi.. mmg kilat dan bersih.. tapi, mengapa tidak di negara kita... contoh terdekat adalah di bazaar jalan TAR dan Masjid India time nak raya baru ni.. mak datuk, sampah minuman dan makanan sama menggunung dengan tudung bawal tiga tone yg di longgok kat atas meja.. apa salahnya kita simpan tin minuman kita sampai kita jumpa tong sampah ataupun bawak blk jer.. setin jer pun.. ringan plak tu... boleh kengkwn??

Kesejahteraan Malaysia sebenarnya terletak pada cara pemikiran dan perilaku kita.. sharing is caring.. tak percaya, cubalah.. ok, jumpa lagi di lain ceramah akan dtg yer... bubye!!




Monday, September 10, 2012

~~Cerite Raya~~

 
Alhamdulillah aku dh selamat sampai di bumi Malaysia pada petang Sabtu yg lepas.. ari ni aku tak nak bercerita pasal kisah2 di Shanghai lagi... ari ni aku nak abiskan citer pasal raya... hahahaha... Dh nak abis raya baru aku sibuk nk citer pasal kisah2 yg berlaku di awal raya... nak wat mcmane.. kebizian tahap gaban beb... walauapapun, better late than never..
 
Di mulakan dgn cerita di pagi Syawal.. lepas abis solat raya, seperti kebiasaannya kami sekeluarga akan menjalani sesi bermaaf2an.. time ni mmg syahdu giler.. mulalah terkenang akan dosa2 yg dh di buat selama setahun yg lalu... adik ipar aku mmg suke btul bab ni... dia pasti akan amik video semasa sesi tangis2an... nanti dh ptg2 raya, bile tgk blk video tu, semua duk bantai gelak dan kutuk-mengutuk sesama mereka... nakal kan mereka?
 
Tak cukup sorang..
adik ipar sorang lagi kene amik gambar..
 
Tema kami tahun ni adelah warna gold..
 
Di pagi raya kedua, kami sekeluarga gerak balik ke Pontian dan JB untuk menziarah sanak saudara sebelah bapak mertua aku... di pagi raya ketiga pula, aku, asben dan adik aku balik ke Muar dan Tangkak untuk menziarah sanak saudara sebelah arwah mak aku plak...
 
 
 
Masa di Muar, mak cik aku dh start masak lauk pauk biasa tanpa sebarang menu raya.. mmg marbeles bile org masih menjamu selera dgn lauk raya, kitaorg plak makan masak lemak labu, ikan masin n sambal belacan... pergghh!! terangkat wa cakap lu...
 
 
 
 
 
Itu sahaja cerita raya kami... pendek jer pun... tp nak mengupdatenya, sikit punya payah.. ^___^
 
 
 

Monday, September 3, 2012

..From Shanghai With Luv..


Alhamdulillah, aku n beberapa org delegates yang lain telah selamat tiba di Shanghai pagi tadi.. Hari ni aku bersiaran secara live dr shanghai menggunakan iPad boss aku.. Dia suruh aku check emel, tp aku telah mengambil kesempatan d waktu kesempitan utk singgah kat blog ni sekejap. Huhuhu... Utk 1st day ni xde ape yg menarik sgt utk d kongsikan... Bdn pun msh letih lg... 

Anyway, citer raya n open house pun x di wat lg... InsyaAllah, blk Malaysia nanti akan aku kongsikan k.. Bubye!!!! Ape, nk Kirim sutera China?? InsyaAllah... ^______^



Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™