Wednesday, August 29, 2012

~~Jemputan ke Rumah Terbuka~~

 
Buat semua pembaca "senyap" dan pembaca "bising" blog ini, anda semua di jemput untuk hadir ke Majlis Rumah Terbuka kami yang akan di adakan pada 31hb Ogos 2012 (Jumaat), mulai jam 2.00 petang hingga 10.00 malam, bertempat di Putrajaya.. Sesiapa yang berkelapangan di jemput hadir.. Sekiranya berhasrat untuk ketemu saya dan keluarga, bolehlah tinggalkan emel di ruangan komen dan saya akan emel alamat rumah  kepada anda kelak..
 
Semoga pertemuan kita di Hari Raya Aidilfitri ini, akan mengeratkan lagi tali silaturrahim yang sudah terjalin mahupun yang baru hendak di jalinkan antara kita...  See U guys!
 
 
 
 
 

Tuesday, August 28, 2012

~~Instagram~~

 
Sori, tuan tanah kebizian... bln ni banyak event penting yg akan berlaku.. cuti raya baru ni telah di manfaatkan sebaiknya oleh tuan tanah.. sepanjang cuti raya juga, tuan tanah gile akan instagram.. ayuh kita layan apakah hasil tangan tuan tanah melalui instagram ni... chow!!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
** Citer raya will update later!
 
 
 

Friday, August 17, 2012

~~Persediaan Raya~~



Alhamdulillah, tahun ni aku masih diberi kesempatan untuk menyambut ramadhan bersama suami tersayang dan keluarga tercinta.. ari ni mood keje kat ofis melayang2 di buatnya.. jasad jer kat dpn PC, tp hati dan fikiran ntah dah kemana2 ntah.. huhuhu..

InsyaAllah, kalau tak de aral melintang petang ni aku akan bertolak balik ke umah family mertua aku dan beraya di sana.. (mcm jauh noo kampungnya)... ^___^ Sebelum balik kampung, as usual segala yg berkaitan dgn umah perlu di pastikan berada dalam keadaan yang baik terlebih dahulu... almaklumlah, nak tinggalkan umah lama.. kang kalau balik, tetiba ada org serbu, tak de lah malu jadinya.. Mlm td aku telah berhempas pulas kemas umah coz masa yg tinggal dah tak banyak... hampir jam 3 pagi baru aku dpt lelapkan mata... This year ade sedikit perubahan dan sentuhan baru kat umah aku.. Just tukar langsir, carpet n bunga... yg lain still remain..




Selamat Hari Raya aku ucapkan pada semua yang sudi membaca dan singgah kat blog naif ni... Di doakan agar Hari Raya kali ini akan memberi seribu satu sinar kebahagiaan buat kalian.. InsyaAllah.. Berhati-hatilah ketika memandu k.. Di kesempatan ini, sejuta kemaafan aku pohonkan sekiranya terdapat salah silap dalam berbicara mahupun dalam penulisan di blog ini yang secara tidak sengaja telah mengguris perasaan kalian.. Again, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN..



Wednesday, August 15, 2012

~~Mari Merehatkan Diri~~


Aku ngan BFF aku memang suke giler mengurut... Now, kami dh jumpe tempat menarik dan serasi dengan hobi kami ni iaitu di Reborn, Alamanda... Servis diaorg mmg terbaeekkk!! pakej yang di tawarkan pun not bad.. bak kata pepatah, kalah membeli, menang memakai.. Kalau anda rasa nak mencuba, di persilakan.. mmg berbaloi setelah berhempas pulas seharian di pejabat, apa salahnya kite memanjakan diri kat sini..

En. Asben pun dh terpikat kat tempat ni... ada tukang urut lelaki dan perempuan.. selain urut kaki, ade gak urut badan dan bekam angin.. dalam sebulan, kami wajib hadir ke sini around 2 0r 3 times... Tempat yg disediakan sgt2 lah selesa.. tak percaya?? cubalah...

Mula2 daftar dulu..

Pastu rendam kaki dalam menatang bijik2 ni..

Hulurkan kaki...

Taraa... Aunty Marie menjalankan tugas...

Pastu membute lah..

Pakej yang di tawarkan...



Monday, August 13, 2012

~~Corat Coret Dubai~~



Sbnrnya mood nk keje n nak update blog dh terjun tiruk ke laut... fikiran plak dah melayang2 ke preparation menyambut raya... Alhamdulillah, shopping raya dah settled.. tinggal nak kemas umah jer... InsyaAllah, masuk minggu kedua lepas raya, ade trip lg... pergghhh!! penat... Sebelum trip lain menjelma, ari ni aku nak kongsikan sedikit corat-coret yg  boleh di kongsikan bersama sekiranya anda ingin menjejakkan kaki ke Dubai...

1st, mesti tempat shopping kan? Dubai adelah syurga shopping bagi yg gemar bershopping sakan... ade beberapa tempat yg boleh di kategorikan utk beberapa golongan... iaitu 1st utk golongan atasan dan kedua adalah utk marhain mcm aku... menurut pihak embassy kita di sana, kualiti adalah sama, cuma fasiliti tempat tu jer yg membuatkan harga berbeza...

Tempat wajib yg perlu di kunjungi jika ke Dubai adalah Naif Road, Al Soor Street dan kawasan2 sekitarnya... Kat sini macam2 ada... daripada kain, perfume, cenderamata, cenderakaki, t-shirt, jubah n mcm2 lagi... bawak duit berjuta pun x cukup babe!





Kalau nak tempat yg sejuk, nyaman dan inginkan keselesaan yang lebih, senang citer ni utk golongan yg berkemampuan, anda boleh lah berkunjung ke Souk Al-Bahar, Dubai Mall n mcm2 lagi lah tempat... tak ingatlah... banyak benor tempat shoppingnya... selain tu, anda juga boleh membeli belah kat Airport coz kat sana pun harga jauh lebih murah dari kat Malaysia... Negara diaorg ni kaya raya... thats y harga barang murah coz Govt diaorg byk tanggung tax...





Berkaitan water fountain plak, kalau tak silap, ianya di mainkan 2 kali sehari... iaitu jam 7pm & 11pm... mmg mengasyikkan giler time tgk air ni menari2 dgn berlatar belakang menara tertinggi di dunia.. di tambah lagi dgn back ground lagunya, mmg melayang2 perasaan di buatnya... FYI, kat sini merupakan water fountain terhebat di dunia katanya... anda boleh melihat show ni live dari Souk Al-Bahar or Dubai Mall..

Before..

Show dh start...

Sori yer aku malas giler nk upload video time water fountain ni beraksi... kalau korang nk tgk, cari kat you tube lah yer... huhuhu... satu lagi, gambar yg kitaorg amik ni mmg tak berseni langsung... asal boleh jer... so layan jer lah ape ade nya... yg penting, memori indah telah tersemat... ^___^





Wednesday, August 8, 2012

~~Bisnez Ramadhan~~


Bila tiba bulan Ramadhan, bermulalah bisnes setahun sekali aku ni... Tapi tahun ni aku rasa ringan sikit bebanan coz En. Asben dah ade kat sini... So kerja yg sebelum ni aku buat sorang, skrg dh jd  berdua... Alhamdulillah, rezeki pun dah semakin bertambah... En. Asben pun dh mula meniaga kat ofis dia...

 
Bisnes yg aku maksudkan ialah penjualan kerepek, keropok, kekacang, asam dan kordial sempena Aidilfitri... Diam tak diam, dah 5 tahun aku berniaga... Tapi time bulan pose jer lah... kalau tak pose, ade org nk order sikit2, aku still amik gak... Almaklumlah umah family mertua aku mmg di kelilingi dgn perusahaan kerepek... thats y boleh timbul nya idea nk berniaga ni...

 
Mcm2 ada...

Tempahan semakin hampir utk di tutup...

1st batch...

2nd batch...

Another batch, akan di amik dlm masa terdekat ni... Anyway, bila dh byk tempahan, semakin keraplah kami balik ke kampung... bile semakin kerap blk ke kampung, semakin lebar lah senyuman En. Asben... Dia mmg suke benor kalau blk kampung dia... seminggu sampai dua kali balik kampung tu... ni lah padahnya kalau kampung dekat... time blk raya nanti, feel utk pulang ke kampung tu dah semakin kurang... tak sempat nk abis dgr lagu raya, dh sampai kampung... huhuhu....

 
Terima kasih tak terhingga buat kengkwn yg sentiasa support aku dlm berniaga kerepek ni... sokongan anda sangat2 di hargai... BTW, doakanlah kami di murahkan rezeki yer... InsyaAllah, kalau tak de aral melintang, tahun ni plan nk wat open house... lama tak jumpe kengkwn kononnya.... ^___^


##Wordless Wednesday##


Siang...

Malam...


The Largest Tower in The World
(Burj Al-Khalifa, Dubai)


Monday, August 6, 2012

~~Souvenir Hasil Trip Ke Dubai~~


Alhamdulillah, masih di beri kesempatan untuk diri ini menjejakkan kaki ke bumi Dubai, UAE buat kali yang kedua... My first visit dulu masa bulan 10 2009 iaitu sebulan sebelum aku menjadi isteri orang... dan  Dubai juga merupakan 1st country yg aku lawati sejurus keluar dari bumi Malaysia tercinta ini...

Banyak sangat kenangan yg sempat di rakamkan melalui gambar2 yg telah di ambil oleh aku mahupun my colleagues... ari ni aku just nk share ape yg telah aku beli sebagai tanda ingatan buat sahabat, saudara mara dan keluarga... next time kalau ade sesape ke Dubai, boleh lah kirim... ^___^

InsyaAllah, next entri akan cerita pasal perkara lain plak..

Key chain + FM...

For me...

T-Shirst utk adik-adik aku...

Jubah raya untuk Dania n SIL...

Dubai adelah syurga perfume...
Murah n berkualiti..




~~Nasi Goreng Tomyam~~



Di bulan puasa ni, especially time sahur, kebanyakkan dari kita memilih untuk menjadikan  nasi goreng sebagai menu utk di cekik di kala subuh hari... tak terkecuali juga dgn aku... kali ni aku nak share resipi nasi goreng made by me yg aku bg nama nasi goreng tomyam...

Tumbuh2an :
carrot, kacang panjang, bunga kobis
& daun limau purut
Haiwan :
Sotong, udang, (ayam pun blh)
Bahan Kisar :
onion, garlic & udg kering

Kiub tomyam jgn lupe...
Masukkan juga sos tiram, sos cili, sos tomato & kicap

Cara2:
- Tumis bahan kisar
- Bile dh agak kering, masukkan kiub, daun limau & segala menatang sos
- Bubuh gula n garam sesuka hati
- Kemudian letak haiwan di susuli tumbuh2an
- Last sekali br masukkan nasi

Hasil yg tidak seberapa ini...


*** Bulan pose ni mood mengupdate jatuh merundum...






Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™